1. Ketagih Facebook
Ini banyak kali kita dengan dimana rumahtangga berantakan disebabkan
si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi
kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook
sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya
untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses
internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia
rumah tangga di FB anda.
2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada
media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan
cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia
bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka
sebelum menipu.
3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka
untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber
yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data
penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel
dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi
aplikasi FB.
4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti
nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda
boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan
maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga
boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook
adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu
ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google
digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras
keganasan”.
5. Mengurangkan Prestasi Kerja
Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi
kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook
menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja
akan menurun.
6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah
Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang
ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan
tersebar dengan cukup pantas.
7. Pasangan Curang
Sekarang cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin
menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali
rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali
berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa
yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes
penceraian disebabkan oleh Facebook ini.
8. Perangsang Masalah Sosial Remaja
Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang
serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia
luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa
perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak
anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain
internet tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.
9. Buli Siber
Istilah buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di
Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di
facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan
gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut
untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka
mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.
10. Kecurian Identiti
Dengan facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah
kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum
ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook
mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan
meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada
seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.
Inilah antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian.
Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap
anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan juga
mangsa bahaya facebook ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar